PENGAMBILAN MAKANAN SEIMBANG

                                               MAKANAN SEIMBANG

Definisi Makanan Seimbang


Makanan seimbang bererti makan jumlah hidangan yang disyorkan daripada setiap kumpulan makanan pada kebanyakan hari. Kepelbagaian dalam setiap kumpulan makanan (contoh, makan buah-buahan yang berlainan daripada kumpulan buah-buahan berbanding hanya makan epal) memastikan anda mendapat semua nutrien yang diperlukan, kerana tiada satu makanan yang membekalkan semua nutrien.
Related image 
Pemakanan yang seimbang dan sihat memerlukan pemilihan seimbang daripada kumpulan makanan seperti sumber tenaga (karbohidrat, protein dan lemak) dan lain-lain nutrien. Makan daripada pelbagai jenis makanan juga akan membantu anda mengelakkan makan terlalu banyak. Amalan memakan terlalu banyak adalah tidak baik untuk kesihatan. Kesederhanaan bererti makan sedikit daripada setiap satu, tetapi tidak berlebihan. Tidak ada makanan yang bagus atau tidak bagus, yang ada hanya diet bagus atau teruk. Semua jenis makanan adalah diet yang sihat jika anda makan secara sederhana. Selain itu juga, pemilihan makanan yang sesuai untuk jangka masa panjang boleh menjamin diet yang sihat.

 KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG :

1.  Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya..
Image result for tumbesaran

2.  Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

Image result for orang makan sayur

3.  Mampu mengawal kadar obesiti.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya. 
Image result for obesiti4.  Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.Image result for mental

Menu Harian yang Seimbang

Menu harian yang seimbang harus berpandukan piramid makanan. Kita mestilah memilih makanan yang seimbang untuk keperluan harian dan untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit. Terdapat beberapa prinsip-prinsip asas pemakanan harian.

(a)  Prinsip 1 - Menikmati Pelbagai Jenis Makanan

Seharusnya makanan tidak patut dikelaskan sebagai makanan baik atau makanan tidak baik. Namun, apa yang penting di dalam pemakanan kita ialah penggunaan makanan yang baik. Ini dikatakan tercapai jika ia memenuhi tujuan pemakanan kita. Tujuan ini berbeza bagi setiap individu. Contohnya jika individu adalah seorang ahli sukan, maka cara pemakanannya berbeza kerana memerlukan tenaga yang lebih. Oleh itu pemakanan bergantung kepada keperluan semasa untuk tempoh tertentu. Sesungguhnya makanan pelbagai diertikan sebagai makan secara sederhana iaitu makan untuk memenuhi keperluan sebenar tubuh badan kita. Piramid makanan ialah model penggunaan makanan yang baik.Image result for piramid makanan 

(b) Prinsip 2 - Mengurangkan Makanan yang Berlemak

Lemak bukan sahaja membekalkan sumber tenaga tetapi pada masa yang sama memberi rasa kepada makanan kita. Ia membekalkan asid lemak yang diperlukan dan vitamin yang larut dalam lemak. Kedua-dua nutrien ini adalah penting untuk kesihatan dan kecergasan kita. Walau bagaimanapun, anda harus ingat pengambilan lemak yang tinggi akan menyebabkan masalah kesihatan. Sebenarnya lemak bukan merupakan pembekal bahan bakar yang baik untuk senaman otot tetapi lemak merupakan sumber bahan bakar untuk fungsi seharian tubuh badan.

Related image

(c)  Prinsip 3 - Meningkatkan Pengambilan Karbohidrat

Seperti yang anda ketahui, karbohidrat  merupakan sumber utama pembekal tenaga kepada badan. Peranannya di dalam tubuh badan kita ialah membekalkan tenaga yang secukupnya untuk aktiviti harian dan bersukan. Sumber kritikal bahan bakar karbohidrat datang daripada simpanan di dalam glukosa darah dan glikogen yang disimpan di dalam hati dan otot. Namun begitu, simpanan tersebut hanya cukup untuk senaman 90 minit sahaja.

Image result for karbohidrat

(d) Prinsip 4 - Menjaga Pengambilan Elektrolit

Garam ialah antara elektrolit yang penting kerana ia membantu mengawal tekanan darah dan sukatan serta membantu mengimbangi taburan cecair dan nutrien di dalam dan di luar sel. Apabila tahap garam jatuh dibawah tahap normal maka fungsi sel-sel akan terganggu. Kehilangan air melalui perpeluhan menyebabkan kehilangan elektrolit. Namun begitu kehilangan ini dapat disesuaikan oleh tubuh badan. Walau bagaimanapun, dalam situasi sukan penggantian elektrolit perlu dilakukan semasa dan selepas latihan atau pertandingan. Kita juga harus berhati-hati kerana garam terdapat di dalam pemakanan kita, jadi kawalan ini adalah perlu supaya tubuh badan kita tidak kelebihan garam. Masalah inilah merupakan kesulitan yang timbul di kalangan atlet.

Related image

(e)   Prinsip 5 - Menggantikan Air yang Hilang Seharian

Nutrien yang paling penting ialah air. Tanpa air manusia tidak boleh hidup. Kesan kekurangan air bukan sahaja mempengaruhi aktiviti harian atau sukan malah ia boleh menyebabkan kematian. Strategi pengambilan air perlu ada dan ia seterusnya meliputi minum air sebelum, semasa dan selepas latihan. Petunjuk kehilangan air adalah seperti air kencing yang perang. Oleh itu cara yang lebih tepat perlu dilaksanakan iaitu dengan mengambil berat badan sebelum dan selepas latihan/pertandingan. Dengan erti kata lain kehilangan 1 kg berat badan perlu diganti dengan 1 liter air.

Image result for orang minum air

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN BAHASA MELAYU

MEDIA SOSIAL