MEDIA SOSIAL

                                                        KEBAIKAN & KEBURUKAN MEDIA SOSIAL

Image result for laman media sosial

Kebaikan Laman Sosial

1. Berkomunikasi
Boleh menghubungi teman lama yang  terpisah. Mempertemukan sahabat lama terpisah. Kita boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah lama. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Talian hubungan dapat dikekalkan. Mengeratkan tali silatulrahim, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin seperti Twitter PM Dato Sri Najib, bertanya khabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua.

Related image

2. Boleh membantu mempromosi sesuatu.
Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di laman sosial. Barangan dan perkhidmatan yang baik dapat disebarkan. Misalnya masakan restoran yang enak dan murah dapat diketahui dengan meluas. Jenis kamera yang terbaik untuk nilai wang ringgit dapat dibincangkan.

Image result for mempromosi melalui laman sosial

3. Mudah menyebarkan maklumat.
Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat. Permintaan bantuan cemas seperti derma darah jens tertentu untuk membantu pesakit tenat juga dapat disebarkan. Kes-kes penipuan dan wajah penjenayah dapat disebarkan dalam usaha membanteras jenayah.

Image result for media sosial


4. Perkongsian maklumat/ilmu.
Kalau kita bijak mencari kawan yang sesuai, kita akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, laman sosial dapat menggantikan tv untuk mengetahui berita terkini. Malah perbicaraan mahkamah diketahui dengn serta merta melalui twitter dan laman web tertentu. Peristiwa terkini dapat diketahui serta merta. Imlu dalam bidang perubatan, teknologi dan sebagainya juga dapat disebarkan.

Laman web sosial seperti ini sebenarnya dapat memberikan banyak kebaikan kepada remaja sekiranya digunakan dengan betul. Tetapi kebanyakannya tidak manfaatkan kemudahan seperti ini dengan sebaik-baiknya sehinggakan ada di antara mereka yang salah guna sehingga mencetuskan kontroversi seperti ugutan kepada individu tertentu.

Related image



Keburukan laman sosial
 1. Melalaikan/melekakan.
Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab. Kadang-kadang terganggu tugas samada hakiki mahupun penulisan blog. Ianya mampu mengganggu tumpuan terutamanya jika anda menyertai ‘games’, ‘group provokasi/gossip’ dan sebagainya. Ketagihan melayari laman web sosial ini menyebabkan produktiviti menurun dan pendapatan bulanan sepatutnya diperoleh daripada bekerja disia-siakan dengan aktiviti melalaikan. Pelajar akan abaikan pelajaran mereka.
Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika bersosial di laman tersebut. Tidak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman sosial. Ada yang mengurung diri dalam bilik berhadapan dengan komputer buat beberapa hari berterusan kerana melayari web.

Related image

2. Terhakis pergaulan secara realiti.
Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan. Hubungan sesama ahli keluarga dan jiran semakin renggang.

Image result for pergaulan

3. Gangguan kesihatan.
Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Hal ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan. Sakit sendi, pening kepala, terjejasnya penglihatan, obesiti, malah kanser kerana terdedah kepada radiasi komputer merupakan fenomena biasa merosotnya kesihatan seseorang yang terlibat dalam laman web sosial.

Image result for gangguan kesihatan

4. Gangguan oleh individu yang tidak dikenali.
Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi. Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda. Penipuan wang, cinta dan sebagainya sering berlaku. Fitnah dan tohmahan terhadap seseorang disebarkan. Ini memalukan mangsanya.

Related image

5. Boleh meruntuhkan rumah tangga/menjurus ke arah keghairahan maksiat.
Termasuk mempengaruhi remaja berzina. Remaja perempuan terjebak dalam gejala zina berpunca daripada Facebook. Mereka terpengaruh dan ghairah dengan kata-kata pujian serta pujaan lelaki menerusi Facebook sehingga membawa perbuatan zina. Gambar-gambar lucah disebarkan. Seks maya dijalankan kerana identiti sebenar tidak diketahui. Facebook juga menyebabkan berlaku kes perceraian kerana suami atau isteri curang selepas berkenalan dengan kekasih menerusi laman web sosial.

Related image


Pada kesimpulannya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi sebuah kenyataan sebelum ini berkata, kematangan berfikir penting bagi setiap individu yang menggunakan media baru seperti laman web sosial untuk menilai kebaikan dan keburukan setiap aktiviti di alam maya. Pendek kata, apa yang penting ialah semua pihak perlu berhati-hati, cermat dan bertanggungjawab ke atas segala maklumat yang ingin disebarkan serta dikongsi agar ia tidak membawa padah kepada diri dan orang lain.

Image result for skmm

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN BAHASA MELAYU

PENGAMBILAN MAKANAN SEIMBANG