KEPENTINGAN BAHASA MELAYU

FUNGSI DAN KEPENTINGAN BAHASA MELAYU

 Kesediaan kerajaan pada waktu itu memenuhi tuntutan rakyat merupakan kebijaksanaan yang tepat untuk mempersiapkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang berupaya menjadi wahana bidang-bidang utama tamadun bangsa dan negara, khususnya melalui perancangan korpus bahasa dalam bidang kosa kata (umum dan khusus), sistem ejaan, tatabahasa, sebutan dan laras bahasa. Selama hampir setengah abad negara menikmati kemerdekaan, bahasa Melayu telah menjadi salah asas pembinaan negara yang penting melalui tiga fungsi utamanya, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.
Image result for bahasa melayu

PENGENALAN


          Sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa lingua franca. Pada zaman kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu dituturkan oleh semua pedagang dari Arab, China, India dan Eropah. Ketika itu, bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi antarabangsa. Maka itu, tidaklah menghairankan apabila sarjana Belanda Francois Valentijn mengungkapkan kebitaraan bahasa Melayu pada abad ke-16 sebagai yang berikut:


“Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan saja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana saja oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis atau Latin di Eropah, atau sebagai bahasa Lingua Franca di Itali dan di Levant. Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan saja dimengerti di Parsi bahkan lebih jauh dari negeri itu, dan di sebelah timurnya sehinggan Kepulauan Filipina.”


          Demi memupuk perpaduan kaum di negara ini, maka dalam Laporan Razak 1956 dinyatakan bahawa, tujuan akhir dasar pendidikan negara ini adalah untuk menyatukan murid yang berlainan bangsa di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimanapun, kemajuan ke arah ini hendaklah dilaksanakan dengan berperingkat-peringkat dan tidak boleh dipaksa secara mendadak. Berdasarkan Laporan Razak jelas bahawa dasar pendidikan yang dilaksanakan dapat membentuk perpaduan kaum di negara ini.

          Malah dalam Laporan Rahman Talib 1960, kedudukan sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Tujuan utama penukaran kedudukan ini adalah untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini di samping memantapkan lagi kedudukan bahasa Melayu secara berperingkat dalam sistem pendidikan kebangsaan.

          Bahasa Melayu telah mengalami proses perkembangan yang begitu pesat. Sejak merdeka, bahasa Melayu telah dinaikkan martabat sebagai bahasa kebangsaan yang menggantikan bahasa Inggeris yang ketika itu menjadi bahasa rasmi tunggal negara, dan dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah kebangsaan dari peringkat rendah hingga ke peringkat menengah tinggi sampai ke peringkat pengajian tinggi. Selain itu, bahasa Melayu menjadi pendukung dan berperanan sebagai bahasa perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan beragam bahasa.Image result for pelbagai kaum di malaysia


FUNGSI DAN KEPENTINGAN BAHASA MELAYU

Pengenalan

          Fungsi bahasa Melayu dalam sistem pendidikan telah dirumuskan oleh Akta Pendidikan 1961, lanjutan penegasan perundangan terhadap Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Lebih tiga dekad telah berlalu, sejak 1971 dan pelbagai kajian telah dibuat terhadap kesan sistem pendidikan tersebut. Hasil yang diperoleh agak membanggakan. Bahasa Melayu terbukti dapat menjadi bahasa pengantar pendidikan setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Bahasa Melayu telah berjaya diangkat dan bertindak sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu digunakan di peringkat sekolah rendah, menengah dan sebahagian besar daripada pengajian di peringkat tinggi. Di Malaysia mulai tahun 1983 semua institusi pengajian tinggi awam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sesudah 13 tahun Dasar Bahasa Kebangsan ditegaskan semula dalam Sistem Pendidikan Kebangsan.




BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR DI SEKOLAH

Bahasa Ilmu Pengetahuan

          Konsep bahasa Melayu sebagai “bahasa ilmu” mula diperkenalkan dalam tahun 90-an seiring dengan penekanan “budaya ilmu” pada masa yang sama setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsung mahupun secara tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap kesempatan. Sebelum ini ketika tahun 80-an, konsep tersebut lebih dikenali sebagai “bahasa Ilmiah” ( Nik Safiah 1986 dan Abdullah Hassan 1987 ).

          Bahasa Ilmu ialah bahasa yang mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi dan ianya memainkan peranan sebagai bahasa pengantar kepada ilmu pengetahuan. Perkara ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961 setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat.
Image result for buku

Bahasa Perpaduan

          Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan musnahlah sebuah negara beraulat. Di Malaysia ini, terapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks     hubungan antara kaum. Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan anatara penduduk yang berbilang kaum.


          Dengan ini, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan hendaklah memainkan peranan yang penting untuk meyatupadukan semua kaum di negara ini. Ini selaras dengan pendapat Garvin dan Mathiot ( 1968 ) yang mengatakan bahawa fungsi simbolik sesuatu bahasa standard ialah fungsi penyatuan. Dalam hal ini, bahasa itu boleh bertindak sebagai alat yang menghubungkan penutur-penutur yang menuturkan berbagai-bagai dialek bahasa yang sama, dan dengan sedemikian menyatukan mereka ke dalam satu masyarakat bahasa. Hasil daripada penyatuanpaduan ini, akan wujudlah satu bangsa yang dikenali sebagai bangsa Malaysia. Penyatupaduan rakyat sesebuah negara jarang berlaku dengan hanya bersefahaman dalam politik dan agama sahaja. Akan tetapi bahasa yang merupakan alat pengisi pemikiran dan alat untuk melahirkan pendapat dan fikiran itu merupakan alat perpaduan yang sebaik-baiknya. Dalam hal ini, bahasa Melayu mendukung tanggungjawab dalam perpaduan rakyat Malaysia.
Image result for perpaduan

Bahasa Komunikasi


          Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ialah bahasa komunikasi lisan dan tulisan yang digunakan bagi semua maksud rasmi kerajaan, memenuhi fungsi komunikasi perkhidmatan awam, yakni komunikasi dalam jabatan dan antara sesama jabatan sektor awam, antara jabatan sektor awam dengan sektor swasta dan korporat atau sebaliknya dan komunikasi antara jabatan sektor awam dengan orang awam atau sebaliknya. Kita juga harus melihat peranan utama dan peranan komunikatif bahasa kebangsaan kerana sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu ditakrifkan mempunyai peranan utama, yang antara lainnya menjadi lambang atau citra Malaysia. Ia dibuktikan dengan penggunaannya di tempat awam, penggunaan nama khas dan melalui media massa berstatus negara, menjadi wahana pemersatuan warganegara dan rakyatnya dengan konsep ‘satu bahasa kebangsaan bagi seluruh negara bangsa Malaysia.’ Selain itu, bahasa Melayu menjadi wahana komunikasi umum (lisan dan tulisan) antara kelompok masyarakat penutur bahasa dan kegunaan umum antara individu berlainan etnik. Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa dan budaya yang menggerakkan perkembangan Kesusasteran Melayu di rantau ini. Bahasa dan sastera tidak boleh dikesampingkan kerana ianya umpama irama dan lagu, sekiranya salah satu daripadanya tiada maka yang satu lagi akan pincang.


          Bahasa Melayu juga mempunyai peranan sebagai alat komunikasi antara kerajaan dengan orang ramai, antara sektor awam dengan swasta dan korporat. Begitu juga sektor swasta dan korporat dengan pelanggan dalam negeri atau sebaliknya. Bahasa Melayu tidak ketinggalan digunakan dalam penyampaian maklumat bagi segala bentuk iklan, nama khas, pengumuman, arahan dan seumpamanya dipamerkan di tempat awam atau di khalayak ramai atau siaran melalui media massa.
 Image result for komunikasi


KEPENTINGAN BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Bahasa Kebangsaan

          Bahasa jiwa bangsa. Tidak sesiapa yang dapat menyangkal bahawa bahasa adalah tunggak jati diri bangsa. Jika hilang satu bahasa, maka lenyaplah satu bangsa. Menurut Tunku Abdul Rahman, “adalah wajar bahawa sebagai satu Negara membangun kita memerlukan satu bahasa kepunyaan sendiri”. Jika bahasa kebangsaan tidak diadakan, negara kita akan ketiadaan nyawa ( Wong & Ee 1971: 78 ).

          Semasa Malaysia masih dijajah oleh British, bahasa Inggerislah telah digunakan seluas-luasnya  sebagai bahasa pendidikan dan pentadbiran. Tidak ada usaha yang konkrit dijalankan untuk memilih sebuah bahasa kebangsaan. Namun demikian, keperluan untuk menubuhkan sebuah bahasa kebangsaan semakin mendesak selepas kemerdekaan negara pada tahun 1957. Pada masa itu, hanya lebih kurang 10% daripada bilangan penduduk negara ini yang berkebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris. Untuk membolehkan penduduk Malaysia menjalankan hal-hal ehwal pentadbiran negara sendiri, sebuah bahasa yang luas dipergunakan amat diperlukan. Tambahan pula, sebagai sebuah negara yang baru merdeka, maka perlulah sebuah bahasa kebangsaan diwujudkan untuk melambangkan identiti yang sama bagi semua kaum yang tinggal di Malaysia. Justeru itu, keperluan untuk menubuhkan bahasa kebangsaan amat mendesak pada ketika itu.

          Setiap negara yang merdeka memiliki sebuah bahasa kebangsaan yang melambangkan identiti negaranya. Selain itu dapat memenuhi keperluan sebagai lambang penyatuan, penubuhan, satu bahasa kebangsaan juga timbul ekoran daripada desakan semangat kebangsaan. Dalam hal ini bahasa Melayu dipikir selayaknya dipilih sebagai bahasa kebangsaan kerana jika diikut peratusan bilangan penduduk, penduduk Melayulah paling ramai iaitu 43%, manakala penduduk Cina dan India masing-masing 36% dan 8%. Tambahan pula bahasa Melayu yang dituturkan pada masa itu mempunyai keseragaman dan teratur dan semua mampu menggunakannya. Dengan itu bahasa Melayu secara langsungnya termaktub sebagai bahasa Kebangsaan yang tunggal di Malaysia dan melambangkan identiti kebangsaan sehingga kini.Image result for bahasa kebangsaan



Bahasa Rasmi

          Bahasa rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan Negara, urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya. Melihat akan fungsi bahasa rasmi itu, maka bahasa kebangsaan juga boleh dijadikan bahasa rasmi sesebuah Negara. Namun demikian, bahasa rasmi tidak perlu merupakan bahasa kebangsaan semat-mata kerana bahasa rasmi adalah bahasa yang dianggap sebagai alat untuk tujuan tertentu yang tidak perlu dikaitkan dengan semangat kebangsaan.

          Di Malaysia, walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan sejak tahun 1957 hingga 1969, tetapi dalam urusan rasmi, dalam pemerintahan dan sebagainya, bahasa Inggeris masih digunakan di samping bahasa Melayu, malahan bahasa Inggeris mengatasi bahasa Melayu dalam konteks urusan sesebuah Negara. Walaupun bagaimanapun, mulai 1969, bahasa Inggeris hilang kedudukannya sebagai bahasa rasmi dan temapatnya digantikan dan telah diisi oleh bahasa Melayu.

          Selepas kemerdekaan, bahasa Melayu telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi tunggal di Malaysia. Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu telah digunakan sepenuhnya sebagai bahasa urusan pentadbiran kerajaan dan telah digunakan sepenuhnya sebagai urusan bahasa pentadbiran kerajaan dan sebagai bahasa perbahasan di Parlimen dan di Dewan Perundangan Negeri umpamanya. Dalam bidang pentadbiran undang-undang, kehakiman, dan mahkamah, kedudukan bahasa Melayu sebagi bahasa mahkamah bertambah baik setelah seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan dipinda (Jun 1991). Penggunaan bahasa Melayu dalam bentuk tulisan misalnya dalam surat-mesyuarat  rasmi, minit mesyuarat dan dokumen kerajaan yang lain termasuk Akta, buku rancangan pembangunan Malaysia, ucapan belanjawan Menteri Kewangan, dan sebagainya.Image result for bahasa rasmi

Asas Pembinaan Negara dan Kebudayaan Masyarakat


           Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadikan Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara. Sesungguhnya Perkara152 ini telah mengiktiraf dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara. Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 (1). Hal ini disebabkan menjadi satu kepentingan bahawa negara ini mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai panduan. Bahasa ini pula boleh difahami oleh setiap kaum. Lagipun peruntukan ini adalah berdasarkan penduduk asal di Malaysia iaitu orang Melayu yang memonopoli lebih daripada 50 peratus penduduknya. Oleh yangdemikian, dengan termaktubnya Perkara 152 mendapatinegara mempunyai asas yang kukuh untuk membina sebuah negara. Selain itu, Bahasa Melayu mempunyai lambang, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, BahasaMelayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat diperlukan kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya Negara Jepun dengan bahasa Jepunnya, Negara Jerman dengan Bahasa Jermannya dan Negara Perancis dengan Bahasa Perancisnya. Oleh hal demikian, Bahasa Melayumemainkan peranan sebagai lambang Negara Malaysia dipersada dunia. Dengan hal demikian, bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan2020.
Related image

KESIMPULAN

          Secara jujur, perlu diakui bahawa masih wujud masalah semangat dan kesungguhan yang belum cukup mantap dan hakiki dalam penggunaan bahasa Melayu. Fenomena ini berlaku, melalui peristiwa-peristiwa bahasa Melayu kehilangan tempat dalam upacara dan majlis rasmi di peringkat kebangsaan, apatah lagi pelbagai isu yang timbul melibatkan institusi pendidikan negara dicabar dengan penggunaan bahasa lain sebagai bahasa penggantar lebih diutamakan daripada bahasa ibunda kita sendiri. Lantaran itu, Malaysia dilihat sebagai `negara tanpa bangsa' - bangsa Malaysia. Hakikat ini terasa amat pahit, tetapi itulah kebenarannya. Perlu ditegaskan bahawa bukan isu antibahasa asing diperbahaskan tetapi prinsip kita jelas dan tegas mengatakan pelajari dan kuasailah bahasa asing, tetapi pendaulatan hanyalah terhadap bahasa kebangsaan kita sendiri. Inilah sikap dan pemikiran yang amat diperlukan untuk mencapai Wawasan 2020.

Comments

Popular posts from this blog

PENGAMBILAN MAKANAN SEIMBANG

MEDIA SOSIAL