Posts

Showing posts from December, 2019

ALAM SEKITAR

Image
                                    LANGKAH-LANGKAH MENJAGA ALAM SEKITAR                                   Alam  sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil. LANGKAH - LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR : 1. Menghijaukan kawasan Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu! Sel

MEDIA SOSIAL

Image
                                                         KEBAIKAN & KEBURUKAN MEDIA SOSIAL Kebaikan Laman Sosial 1.  Berkomunikasi Boleh menghubungi teman lama yang  terpisah. Mempertemukan sahabat lama terpisah. Kita boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah lama. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Talian hubungan dapat dikekalkan. Mengeratkan tali silatulrahim, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin seperti Twitter PM Dato Sri Najib, bertanya khabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua. 2.  Boleh membantu mempromosi sesuatu. Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di laman sosial. Barangan dan perkhidmatan yang baik dapat disebarkan. Misalnya masakan restoran yang enak dan murah dapat diketahui dengan meluas. Jenis kamera yang terbaik untuk nilai wang ringgit dapat

PENGAMBILAN MAKANAN SEIMBANG

Image
                                               MAKANAN SEIMBANG Definisi Makanan Seimbang Makanan seimbang bererti makan jumlah hidangan yang disyorkan daripada setiap kumpulan makanan pada kebanyakan hari. Kepelbagaian dalam setiap kumpulan makanan (contoh, makan buah-buahan yang berlainan daripada kumpulan buah-buahan berbanding hanya makan epal) memastikan anda mendapat semua nutrien yang diperlukan, kerana tiada satu makanan yang membekalkan semua nutrien.   Pemakanan yang seimbang dan sihat memerlukan pemilihan seimbang daripada kumpulan makanan seperti sumber tenaga (karbohidrat, protein dan lemak) dan lain-lain nutrien. Makan daripada pelbagai jenis makanan juga akan membantu anda mengelakkan makan terlalu banyak. Amalan memakan terlalu banyak adalah tidak baik untuk kesihatan. Kesederhanaan bererti makan sedikit daripada setiap satu, tetapi tidak berlebihan. Tidak ada makanan yang bagus atau tidak bagus, yang ada hanya diet bagus atau teruk. Semua jenis mak

KEPENTINGAN BAHASA MELAYU

Image
FUNGSI DAN KEPENTINGAN BAHASA MELAYU   Kesediaan kerajaan pada waktu itu memenuhi tuntutan rakyat merupakan kebijaksanaan yang tepat untuk mempersiapkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang berupaya menjadi wahana bidang-bidang utama tamadun bangsa dan negara, khususnya melalui perancangan korpus bahasa dalam bidang kosa kata (umum dan khusus), sistem ejaan, tatabahasa, sebutan dan laras bahasa. Selama hampir setengah abad negara menikmati kemerdekaan, bahasa Melayu telah menjadi salah asas pembinaan negara yang penting melalui tiga fungsi utamanya, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. PENGENALAN           Sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa  lingua franca . Pada zaman kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu dituturkan oleh semua pedagang dari Arab, China, India dan Eropah. Ketika itu, bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi antarabangsa.  Maka itu, tidaklah menghairan